Adab Masuk Rumah Baru

February 23, 2012

in Agama Islam

Assalaamu’alaikum;

Adab-adab yang perlu diambil kira untuk rumah baru ialah seperti berikut:
a) Adab sebelum memilih atau memasuki rumah baru.
b) Adab ketika masuk baru.
c) Adab setelah tinggal di rumah baru.

a) Adab sebelum memilih atau memasuki rumah baru ialah:
1- Pilih yang jiranya adalah orang yang soleh.
2- Kalau tidak ada ayang soleh maka yang tidak menyakiti jiranya.
3- Kalau tiada pilihan lain kecuali berjiran dengan yang suka menyakiti jiran maka berdoa hidayat untuknya serta berbuat baik sebelum pindah. Tiga perkara ini di ambil dari hadith yang menyebutkan Rasulullah s.a.w berdoa supaya dapat jiran yang baik.
4- Pilih tempat yang baik dari sudut ibadahnya, seperti tidak berjauhan sangat dengan masjid hingga akan rasa berat untuk ke masjid. Kerana itu setengah sahabat ada yang ingin pindah dari jauh ke dekat dengan masjid.
5- Datang tiga kali sebelum berpindah untuk dibacakan atau dipasangkan kaset mengaji sebagai berjaga-jaga daripada makhluk halus kerana kemungkinan tapak tersebut adalah tempat tinggal mereka. Perkara ini ada berlaku di zaman tabiin yang telah diganggu dengan jin yang penduduk asal tapak rumah tersebut. Untuk perkara ini rasanya tak perlulah hingga dipanggil bomoh atau pawang kerana ianya akan membawa kepada kesyirikan, cukuplah hanya dengan dibacakan ayatul kursi, “amanarasuul… ” dan empat Qul.

b) Adab ketika masuk baru :
1- Seelok-eloknya waktu masuk ke kawasan perkampungan atau taman perumahan rumah baru bacalah doa ini “Allahumma rabiissamaawatissab’i wamaa azlalna warabbil ardinassab’i wamaa aqlalna warabisyayaatiina wamaa adlalna wa rabbarriyaahi wamaa zaroina nas aluka khaira hazihil qaryati wa khaira ahlihaa wakhaira maa fiihaa wa a’uuzubika min syarrihaa wa syarri ahlihaa wa syarri maa fiihaa”.
2- Seelok-eloknya sebelum sampai ke rumah baru tersebut singgah dulu di masjid atau surau terdekat untuk solat sunnat dua rakaat untuk memohon hajat kebaikan kampung tersebut.
3- Sewaktu jejak kaki ke laman rumah membaca doa “A’uzu bikalimaatillahit taammaati min syarri maa khalaq”, kerana menigut hadith bahawa sesiapa yang baca doa ini ketika pindah atau menginap disesuatu tempat maka tidak akan dimudaratkan oleh apa-apa pun hinggalah ia berpindah dari situ. termasuk selamat dari gangguan rompakan, kebakaran dan lain-lain lagi.
4- Membaca “bismillahi walajnaa wa bismillahi khorajnaa wa ‘alallhi tawakkalnaa” sewaktu membuka pintu untuk masuk ke rumah.
5- Memberi salam “assalaamu’alaikum… .” jika dalamnya ada orang, jika tiada orang maka ucapkanlah “assalaamu’alainaa wa ‘alaa ‘ibaadillahis solihiin”. Maka jika ada makhluk ghaib seperti malaikat dan sebagainya maka mereka akan jawab cuma kita mungkin tidak akan dengar.

c) Adab setelah tinggal di rumah baru:
1- Menjaga hubungan dengan jiran tetangga.
2- Mencari sahabat-sahabat yang soleh.
3- Mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran.
4- Ikut program masayarakat yang tidak bercanggah dengan agama.
5- Hidupkan masjid dengan solah fardhu lima waktu beserta dengan majlis ilmu. Sepertimana Rasullullah s.a.w tidak akan singgah dimana sahaja kecuali Beliau akan mendirikan masjid dan hidupkan solah lima waktu serta letakan sesiapa yang layak untuk mengajar disitu dan membentuk jemaah untuk amar makruf nahi mungkar serta ambil tahu tentang penduduk setempat.
Wallhu a’lam bissowaab

{ 0 comments }

Apa yang dimaksudkan dengan hartanah maya?

 

Ianya adalah asset cyber yang boleh anda miliki dan pindah milik kepada pemilik baru. Konsepnya sama seperti  hartanah fizikal yang melibatkan rumah, tanah,  kilang, kedai, pejabat dan lain-lain. Hartanah maya  melibatkan blog, website, akaun Facebook, akaun Youtube  dan macam-macam lagi.

Bagaimana ianya boleh disamakan dengan hartanah fizikal?

Persamaannya ialah ia merupakan asset yang bernilai tinggi dan  bila kita membicarakan asset ini bermaksud kita boleh menukarkannya pada bentuk tunai.

Contohnya, anda berdepan dengan situasi dimana anda memerlukan wang untuk modal perniagaan francais yang tinggi, katalah
RM200,000. Jika anda tiada wang dalam simpanan, sudah tentu anda  melihat asset  yang dimilik anda dan anda mula berkira-kira jika
anda menjualnya anda mungkin dapat tunai untuk dijadikan sebagai  modal perniagaan anda.

Hal ini sama dengan hartanah maya, dimana jika anda turut menghadapi  situasi yang sama seperti tadi, anda boleh menjual hartanah maya
anda untuk mendapatkan tunai.

Hartanah fizikal VS Hartanah Maya

Seperti yang anda sedia maklum terdapat banyak perbezaan antara  hartanah fizikal dan hartanah maya iaitu:

1) Jenis

Hartanah fizikal lebih tertumpu
kepada tanah, rumah, kedai, kilang,
pejabat yang mana kesemuanya anda
boleh lihat sendiri, sentuh dan rasa.
Hartanah maya pula, ianya melibatkan
blog, website, akaun Facebook dan
sebagainya yang mana ianya hanya
boleh dilihat sahaja melalui skrin
monitor pc anda.

2) Kos
Untuk memiliki hartanah fizikal,
anda memerlukan wang yang sangat
besar bergantung kepada jenis
hartanah yang ingin anda miliki.
Purata harga hartanah fizikal
antara puluh ribu ringgit dan
boleh mencecah jutaan ringgit.

Bagi hartanah maya pula, kos
yang diperlukan adalah sangat-
sangat rendah dan bergantung juga
kepada jenis hartanah maya yang
anda pilih. Hartanah maya boleh
anda miliki secara PERCUMA hingga
RM100 bagi hartanah yang baru.
Tetapi kalau ianya sudah lama dan
banyak menghasilkan pendapatan
nilainya akan meningkat dan boleh
mencecah jutaan ringgit.

3) Risiko
Kedua-dua hartanah ini memiliki
risiko masing-masing. Tetapi antara
kedua-dua ini risiko yang dihadapi
pemilik hartanah maya jauh lebih
rendah.

Contohnya, jika anda ingin
membangunkan rumah anda perlu
mengambilkira keadaan kawasan,
laluan air, struktur dan jenis
tanah dan macam-macam lagi.
Sendainya, anda tidak membuat
pilihan yang betul maka hartanah
yang akan anda bangunkan nanti akan
mengahapi banyak masalah seperti
tanah runtuh, banjir dan sebagainya.

Hartanah maya pula sebaliknya
hanya mempunyai risiko ianya
digodam sahaja. Masalah penggodam
internet ini boleh diatasi dengan
memasang software yang boleh
mengelakkan ancaman penggodam.

4) Prosedur Pemilikkan Hartanah
Untuk memiliki hartanah fizikal,
anda perlu melalui pelbagai proses
dan prosedur yang melibatkan kertas
kerja yang rumit.

Tetapi bagi hartanah maya pula
ianya mudah sahaja,  apa yang
perlu anda lakukan ialah mendaftar
nama domain dan hosting dan
hartanah itu sah milik anda. Anda
boleh mula membuat keuntungan darinya
dan setelah beberapa bulan atau
tahun, terpulang kepada anda jika
anda ingin jualnya kepada orang
lain atau terus menjadikannya asset
anda. JIka anda menjualnya kepada
orang lain, proses pindah milik
tersebut juga tidak akan mengambil
masa yang lama. Cuma pindah domain
dan segala fail-fail berkenaan
website tersebut.

Ramai pemasar internet di luar negara telah beralih kepada bidang jual beli hartanah maya kerana ianya lebih untung dari pemasaran internet konvensional. Ianya menjadi satu trend yang panas di luar negara kini.

Di Malaysia, pendedahan berkenaan hartanah maya masih lagi di peringkat bayi. Ramai pemasar internet tempatan  tidak mengetahui tenatang selok belok hartanah maya.

Bagi anda yang ingin mengetahui lebih berkenaan hartanah maya dan bagaimana anda boleh membuat duit mudah darinya dalam masa 3 hari anda boleh pergi ke http://bit.ly/imflippa2012  untuk maklumat lanjut.

{ 1 comment }

Surat Daripada Umar Al-Khattab Untuk Sungai Nil

Amru bin Al-Ash RA merupakan seorang Sahabat Nabi SAW yang menjadi gabenor di Mesir pada zaman kekhalifahan Umar Al-Khattab RA. Ketika masuk bulan Ajam, beberapa orang rakyat Mesir datang berjumpa dengannya dan berkata, “Wahai Amir! Sungai Nil tidak mahu mengalir pada tahun ini. Sesungguhnya kami mempunyai tradisi untuk sungai Nil ini. Sungai Nil ini tidak akan mengalir kecuali dengan tradisi itu.”

            Amru RA bertanya, “Apakah tradisi itu?”
            “Sesungguhnya pada malam kedua belas bulan ini, kami akan menyediakan seorang gadis yang disayangi oleh kedua ibu bapanya. Lalu, kami akan menghiasi dirinya dengan pakaian yang bagus. Kemudian, kami menceburkannya ke dalam sungai ini,” jawab mereka.
            Amru RA berkata, “Sesungguhnya dalam Islam tidak ada tradisi seperti ini. Islam telah menghancurkan tradisi seperti ini sebelumnya.”
            Lantas, mereka berdiri dan berkira-kira untuk mengusir Amru RA keluar dari daerah tersebut. Melihat keadaan yang tidak terkawal seperti itu, Amru RA lantas mengutus surat kepada Umar Al-Khattab RA.
            Tidak berapa lama kemudian, Umar Al-Khattab RA pun membalas surat tersebut. “Sesungguhnya kamu benar! Islam telah pun menghancurkan perkara seperti itu sebelumnya. Jadi, aku utuskan untuk kamu surat ini supaya kamu menceburkan kotak yang mengandungi surat ini ke dalam Sungai Nil.”
            Surat yang terdapat dalam kotak itu tertulis, “Daripada hamba Allah, Umar Al-Khattab Amirul Mukminin kepada Sungai Nil penduduk Mesir: Amma ba’du.Jika sebelum ini kau rasa kau mengalir kerana kehendak kau sendiri, maka janganlah mengalir. Namun, jika Zat Yang Maha Esa lagi Perkasa mengalirkan kau, maka aku memohon pada Zat Yang Maha Esa lagi Perkasa agar kau mengalir.”
            Lalu, Amru RA telah mencampakkan kotak yang berisi surat tersebut ke dalam Sungai Nil sehari sebelum penduduk Mesir mengadakan tradisi sesat tersebut. Mereka merasakan kehidupan mereka susah tanpa adanya air dari Sungai Nil yang biasa mereka gunakan dalam kehidupan seharian.
            Pada keesokan pagi, iaitu pada hari Sabtu ketika mereka sudah pun berkira-kira untuk meraikan tradisi itu, Allah SWT telah mengalirkan sungai Nil dan takat airnya naik setinggi 16 hasta. Semenjak hari itu, mereka tidak lagi mengamalkan kepercayaan karut tersebut. Sehingga ke hari ini, sungai Nil masih mengalir dan menjadi sumber air utama untuk kegunaan rakyat Mesir.
(Tafsir Ibnu Katsir)

{ 1 comment }

Slam Dunk Live Action

January 21, 2012

in Uncategorized

Salam semua.

Godek-godek youtube jumpa video live action untuk anime slam dunk. Diorang tiru sebijik-bijik kot video klip lagu opening tuh. hehe. ok enjoy.

{ 1 comment }

Seorang wanita muda masuk ke masjid menemui Imam Hanbali pada zamannya lalu dia berkata, “Wahai Imam Hanbali, dengarkanlah kisahku ini semoga diriku dan dirimu mendapat keampunan Allah. Sesungguhnya saya ni seorang wanita yang miskin, saya tak punya apa-apa kecuali tiga orang anak yang masih kecil. Hidup saya sungguh melarat sehingga kami tak punya lampu untuk menerangi rumah. Bagi menyara kehidupan kami empat beranak, saya bekerja memintal benang pada waktu malam dan menjualnya di pasar pada siang hari.”

“Di manakah suami kamu?” tanya Imam Hanbali. “Suami saya gugur syahid apabila bertempur dengan Khalifah Al-Mustakim yang kejam dan zalim. Sejak itu hidup kami melarat”, jawab wanita itu.

Wanita itu menyambung, “Disebabkan rumah saya tak ada lampu, maka saya terpaksa menunggu sehingga bulan mengambang, maka barulah saya dapat memintal benang. Pada suatu malam, ada kafilah dagang dari Syam datang lalu singgah bermalam berhampiran dengan rumahku. Mereka membawa lampu yang banyak sehingga kawasan rumahku menjadi terang-benderang. Aku mengambil kesempatan untuk bekerja memintal benang di bawah cahaya lampu mereka. Persoalanku adalah apakah wang hasil jualan benang yang dipintal olehku daripada cahaya lampu milik kafilah itu halal untuk aku gunakan?”

Imam Hanbali merasa kagum mendengar cerita wanita itu lalu bertanya, “Siapakah kamu wahai wanita muda yang begitu mengambil berat akan hukum agama di saat umat Islam lalai dan kikir terhadap harta mereka?”

Wanita itu menjawab bahawa dia adalah adik perempuan kepada seorang Gabenor yang Imam Hanbali kenali iaitu Gabenor yang sangat beriman dan beramal soleh. Imam Hanbali menangis terkenang akan Gabenor yang sangat baik itu. Setelah tangisannya reda, maka Imam Hanbali berkata, “Sesungguhnya aku amat takut akan azab Allah, kerana itu berilah aku masa untuk menjawab pertanyaan kamu. Pulanglah ke rumah dan esok kamu datang lagi ke sini.” Malam itu Imam Hanbali berdoa, bermunajat serta memohonj petunjuk dari Allah.

Esoknya wanita itu kembali ke masjid untuk mendapatkan jawapan yang dijanjikan. Lalu berkata Imam Hanbali, “Wahai wanita yang solehah, sesungguhnya kain penutup wajah yang kamu pakai itu adalah lebih baik daripada serban yang aku pakai. Sesungguhnya kamu seorang wanita yang berhati luhur, bertaqwa dan penuh rasa takut kepada Allah. Berkenaan pertanyaan kamu semalam, sekiranya kamu tidak mendapat izin daripada rombongan kafilah dagang itu, maka tidak halal bagimu menggunakan wang daripada hasil jualan itu.”

Wanita itu berasa sangat susah hati selagi tidak mendapat keizinan daripada rombongan kafilah dagang. Wanita itu sanggup menemui mereka seorang demi seorang bagi mendapatkan keizinan. Berita tentang wanita itu sampai ke pengetahuan Khalifah Al-Mutawakkil (khalifah baru) dan baginda begitu kagum dengan wanita itu lalu memberinya wang sebanyak 10,000 dinar.

Wanita itu menemui Imam Hanbali sekali lagi lalu bertanya mengenai wang yang dihadiahkan khalifah itu apakah halal dia menggunakannya. “Khalifah juga pernah memberikan wang kepada aku sebanyak itu, tetapi aku sedekahkan kepada fakir miskin yang aku temui di jalan”, jawab Imam Hanbali. Wanita itu pun memberikan wang tersebut kepada fakir miskin dan hanya mengambil sedikit sahaja dari wang itu untuk membeli lampu bagi menerangi rumahnya.

{ 2 comments }

Perdebatan Ibn Batoota dengan seorang lelaki Kristian di Afrika

January 9, 2012

Kisah ini berlaku 2 bulan lepas kalau tak silap aku,ketika itu aku baru pulang dari membeli barang keperluan di bandar Lenasia,South Africa.Disini teksi persendirian macam di Malaysia tu tersangat lah mahal,perjalanan 1KM lebih sahaja dikenakan bayaran RM35++,jadi kami selalunya menaiki teksi van yang lebih murah lebih kurang RM2/RM3 yang kami gelar van itu sebagai ‘kombi’(Entah [...]

Read the full article →

Syair dariku

January 3, 2012

Setiap hari aku tenung sang matahari, menebarkan cahaya setiap pagi, Jauh dlm lubuk hati, aku rasakan agama ini sedang mati, Hidayah tercabut hari demi hari, alim ulamak satu persatu telah pergi, manusia terus leka dgn perintah ilahi, Usahakn umat di atas bumi, manusia engkar hidup dlm rumah sendiri, Teramat pedih rasanya hati, Jantung bagai disentap [...]

Read the full article →

Aku dah update theme Thesis.

January 3, 2012

Salam ukhwah semua. Selamat tahun baru 2012. Post pendek je nak bagitahu, blog ini dah pakai thesis theme. best kot theme ni. hehe.

Read the full article →

Tutup Aurat ke Bungkus Aurat?

November 18, 2011

Korang TUTUP aurat ke BUNGKUS aurat?Beza BUNGKUS dengan TUTUP adalah amat besar.   Situasi 1: Aisyah: Ahmad, cbe teka aku tgh BUNGKUS ape? Ahmad: Alaaa, nasi lemak. Aisyah: Aik? Mne ko tau? Ahmad: Aku nmpk nasi tkluar sikit tu. Lgpun aku tau ko mmg jual nasi lemak. Aisyah: Ok2. Cbe teka nasi lemak ni byk [...]

Read the full article →

Saya Join Contest Muna Rahimah

November 13, 2011

Salam ukhwah, ok ni entri khas sebab saya ada masuk contest anjuran blogger Muna Rahimah. Ok basically, contest ini mengenai gambar candid terbaik. Setiap peserta akan membuat blog post mengenai gambar candid terbaik mereka dan mestilah mengikut syarat penganjur untuk melayakkan diri memenangi hadiah contest ini.   Ok, untuk candid picture saya untuk dipertaruhkan dalam [...]

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Read the full article →